KELUARGAKU
Anggota keluarga merupakan orang yang paling penting dalam hidup kita. Sesebuah keluarga biasanya terdiri daripada bapa,ibu dan anak-anak. Keluarga ini dinamakan keluarga asas. Selain keluarga asas terdapat juga anggota keluarga kembangan yang terdiri daripada datuk,nenek,bapa saudara,sepupu dan anggota keluarga lain. Keluarga saya terdiri dari suami, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan. Saya juga mempunyai seorang ayah,ibu, lima adik lelaki dan dua adik perempuan. Saya merupakan anak yang pertama dalam keluarga
.

Kita seharusya memahami anggota keluarga sendiri. Kita sepatutnya mengetahui makanan,minuman,pakaian,warna kegemaran dan hobi mereka. Selain itu,kita juga sepatutnya mengetaui perlakuan yang disenangi dan tidak disenangi oleh anggota keluarga. Hubungan kekeluargaan akan lebih kukuh dan mesra apabila anggota keluarga saling memahami antara satu sama lain. Persefahaman yang terjalin ini juga dapat mengelakkan kita daripada menyakiti hati dan menyinggung perasaan anggota keluarga.
Sebagai anggota keluarga,kita juga mesti menyayangi antara satu sama lain. Kita boleh menunjukkan kasih sayang dengan berkongsi masa suka dan duka bersama anggota keluarga. Kita mesti menghormati anggota keluarga terutama yang lebih tua seperti datuk,nenek,ayah,ibu,abang, dan kakak. Pertuturan dan tingkah laku Kita juga mestilah sentiasa bersopan semasa berinteraksi dengan anggota keluarga. kita juga mesti akur dan patuh dengan nasihat dan larangan keluarga. Kita sewajarnya bersyukur kepada tuhan kerana dianugerahi sebuah keluarga.

No comments:
Post a Comment